Selasa, 16 Disember 2014

Separuh bogel demi pakaian percuma





SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini.

Stesen televisyen tempatan Channel News Asia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...