PAS Selangor
hari ini menyifatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 banyak
mendatangkan kebaikan dan membanggakan parti itu.
Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd
Rani Osman (kiri)
menegaskan parti itu tidak pernah rugi dengan kerjasama dengan PKR dan DAP,
sebaliknya memberi banyak faedah hasil daripada kerjasama itu.
ADUN Meru juga
berkata kerjasama itu menyebabkan PAS diterima oleh kaum lain dan tidak hanya
tertumpu kaum Melayu sahaja
"Melalui tahluf
siyasi ini,
PAS tidak pernah rugi ini malah paling banyak terima kebaikan," katanya
dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.
"Kalau dulu orang Cina, India dengar PAS takut. Tetapi sekarang mereka datang berduyun-duyun dengar kita punya ceramah dan dapat menerima Islam sebagi satu agama yang syumul," katanya lagi.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kajian semula PAS dengan Pakatan mestilah untuk menambahbaik kerjasama sedia ada, ekoran resolusi persidangan ulama di Kedah hujung minggu lalu.
Resolusi persidangan ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah antara lain mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan.
Khalid: Dia ketuk, kemudian ajak kawan

Ditanya berhubung tawaran Umno
untuk bekerjasama dengan Pas, Dr Abd Rani berkata:
"Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu".
Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad (kiri) yang turut berada dalam sidang media itu mencelah:
"Saya nak petik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan.
"Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.

~ Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan