Khamis, 31 Oktober 2013

PELAJAR-PELAJAR INI DI BERI AMARAN KERANA BERGAMBAR DENGAN ANWAR IBRAHIM DI BANGUNAN PARLIMEN???


Satu rombongan para pelajar dari UPSI Tanjung Malim Perak telah ke parlimen sebagai tetamu salah seorang ahli parlimen untuk mengikuti perbahasan yang sedang rancak disana.
Dalam pada masa yang sama mereka telah ambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.

Rakaman gambar ini diberitakan telah mengundang padah dengan mereka telah dipanggil pihak UPSI untuk mendapatkan penjelasan.

Dikatakan mereka telah diberikan amaran keras secara lisan agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Sama ada kisah dan cerita ini benar atau tidak maka perlunya ada ulasan dan penjelasan dari pihak yang terlibat.

1 ulasan:

  1. Bodoh..!!..begambar pon salah..takde otak betoi..!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...