Antara
Luahan Rasa Tidak Puas Hati Pengguna P1 WiMax
Assalamualaikum,
Saya
salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan
perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut,
saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang
pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat
panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah
membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya
sudah ditutup.

