Selasa, 16 Disember 2014

Separuh bogel demi pakaian percuma





SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini.

Stesen televisyen tempatan Channel News Asia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.

Isnin, 10 Mac 2014

Anwar : Lantik Shafee jadi hakim, lebih mudah hukum pembangkang


KAJANG, 9 MAC: Kerajaan pusat ‘disyorkan’ supaya mengangkat peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai hakim bagi memudahkan kerja mengenakan hukuman ke atas pemimpin pembangkang.

Khamis, 20 Februari 2014

Harussani hairan bagaimana Mahathir terpengaruh ajaran sesat


IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Ahad, 2 Februari 2014

[MENGEJUTKAN] Fenomena Melayu Paling Ramai Minta Sedekah / Angpow Di Tokong, ke mana hasil kutipan zakat pergi?


Pelik, rumah ibadat penuh ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan! 

Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam. 

Khamis, 16 Januari 2014

Blogger umno akan disaman berkaitan fitnah isu Giat MARA Selayang


SELAYANG 16 JAN : Blogger dan pengendali laman sosial ‘Facebook’ pro Umno diminta untuk menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.

Isnin, 23 Disember 2013

Dr Mahathir: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi ‘orang bodoh’


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.

Jumaat, 13 Disember 2013

P1 Wimax Penipu Besar & Servis Teruk Tersebar Di Internet


Antara Luahan Rasa Tidak Puas Hati Pengguna P1 WiMax

Assalamualaikum,

Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.

Ahad, 1 Disember 2013

Azmin Ali: Dari anak angkat kini menjadi musuh Dr Mahathir


Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Rabu, 20 November 2013

'Lawatan Rosmah jemputan peribadi, muhyidin lulus guna jet kerajaan


Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menemani isteri perdana menteri dalam lawatan ke Qatar menggunakan jet eksekutif swasta menjelaskan bahawa jemputan itu disampaikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor atas kapasiti peribadinya dan bukan sebagai wakil kerajaan.

Rakyat Malaysia Harus Berterima Kasih Atas Penat Lelah Rosmah


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar minggu lepas, dengan menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...