Isnin, 23 Disember 2013

Dr Mahathir: Lepaskan kuasa, elak Umno dipenuhi ‘orang bodoh’


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai “orang bodoh”.
Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa.

Jumaat, 13 Disember 2013

P1 Wimax Penipu Besar & Servis Teruk Tersebar Di Internet


Antara Luahan Rasa Tidak Puas Hati Pengguna P1 WiMax

Assalamualaikum,

Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.

Ahad, 1 Disember 2013

Azmin Ali: Dari anak angkat kini menjadi musuh Dr Mahathir


Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Rabu, 20 November 2013

'Lawatan Rosmah jemputan peribadi, muhyidin lulus guna jet kerajaan


Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menemani isteri perdana menteri dalam lawatan ke Qatar menggunakan jet eksekutif swasta menjelaskan bahawa jemputan itu disampaikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor atas kapasiti peribadinya dan bukan sebagai wakil kerajaan.

Rakyat Malaysia Harus Berterima Kasih Atas Penat Lelah Rosmah


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar minggu lepas, dengan menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai oleh kerajaan.

Ahad, 17 November 2013

Hudud perlu kelulusan pusat, umno/bn jangan berdalih lagi


SHAH ALAM - Kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu berunding serta bertolak ansur untuk saling menyokong pelaksanaan hudud di Parlimen bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan, kata Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Khamis, 31 Oktober 2013

PELAJAR-PELAJAR INI DI BERI AMARAN KERANA BERGAMBAR DENGAN ANWAR IBRAHIM DI BANGUNAN PARLIMEN???


Satu rombongan para pelajar dari UPSI Tanjung Malim Perak telah ke parlimen sebagai tetamu salah seorang ahli parlimen untuk mengikuti perbahasan yang sedang rancak disana.

Khamis, 26 September 2013

Anak nazri aziz beli banglo 7.2 juta? mai mana duit banyak tu?


Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Rabu, 18 September 2013

'Selagi hidup, aku tak layan kerjasama PAS-Umno'


PAS Selangor hari ini menyifatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 banyak mendatangkan kebaikan dan membanggakan parti itu.

Isnin, 16 September 2013

Angkara RM1, buruh berdepan penjara 10 tahun


KOTA BHARU - Seorang buruh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri RM1 duit tabung masjid, Selasa lalu.

Ahad, 15 September 2013

Prof Agus: Pas akan hilang sokongan jika keluar pakatan rakyat


Resolusi Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013 menunjukkan kepada saya betapa pemikiran ‘mereka’ yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Polis tembak isteri, bapa mertua


SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Sabtu, 7 September 2013

Perdana Menteri Potong Gajinya 30 Peratus Demi Rakyat..


Demi untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15Juta serta puluhan buah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.

Jumaat, 6 September 2013

Ketua Gangster itu dari MCA rupanya..


Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini..

Jumaat, 30 Ogos 2013

Demi pelajaran anak-anaknya Bapa ini terpaksa mencuri


Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Isnin, 26 Ogos 2013

Slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" - Najib / UMNO Ikuti Jejak Langkah Israel



logan terbaru, Endless Possibilities (Apapun boleh?) yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tukang urut lari berbogel


SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak


Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia  (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

Bayi kena liwat, berlaku di segamat Johor


SEGAMAT - Seorang bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, tengah malam kelmarin, mendakwa bayi perempuannya berumur satu tahun enam bulan dicabul.

Bapa tersebut yang hanya ingin dikenali Pang, 30an, berkata, sejak kebelakangan ini anak perempuannya menunjukkan sikap ganjil dan sering merengek seakan  menahan sakit.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Bapa Altantuya mahu kerajaan Mongolia campur tangan


SHAH ALAM - Bapa kepada mendiang Altantuya Shaariibuu nyata sedih dan kecewa dengan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan dua individu yang dikaitkan dalam pembunuhan anaknya.

Bebas: Azilah, Sirul dibebaskan, siapa sebenarnya yang bunuh Altantuya?


HULU LANGAT - Bekas  anggota Unit Tindakan Khas Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar yang dibebaskan  dari tuduhan membunuh wanita  Mongolia, Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu telah disahkan meninggalkan penjara, di sini pagi ini.

'Dr. Mahathir Tidak Penting Dalam Hidup Saya' - Pak Lah


Dalam banyak-banyak persoalan dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) dalam blognya semalam, yang paling menyakitkan hati ialah: siapa hilang lima negeri kepada pembangkang?

Khamis, 22 Ogos 2013

Terkini : Mahkamah Tolak Rayuan Gereja Katolik Ketepikan Rayuan Putrajaya


Gereja Katolik hari ini gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.

Rabu, 21 Ogos 2013

kumpulan kongsi gelap, Geng 04 cabar polis


GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada individu dan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 04 supaya tidak mencabar kewibawaan pihak polis dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.

Lagi Keek kontroversi Sakinah membangangkan diri


SELEPAS bikin kontroversi demi kontroversi menerusi video Keek, Sakinah sekali lagi membiarkan dirinya menjadi kritikan peminat.

Imam nafi cium mulut


PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

Selasa, 20 Ogos 2013

Penswastaan MAS hanya untungkan kroni Umno


KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Pertembungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak berhubung penswastaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akhirnya hanya menguntungkan kroni Umno, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul.

Isu PTPTN: PKR akan tentang CCRIS sehingga dibatalkan


SHAH ALAM - PKR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan untuk menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS).

Isu PTPTN: CCRIS bukti kegagalan kerajaan UMNO BN


SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dilihat sebagai satu lagi kegagalan mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.

Isnin, 19 Ogos 2013

"Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla"


Cermin Diri Dulu Rita, Kata Zaquan

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Ahad, 18 Ogos 2013

Kantoi maksiat dalam semak


KULIM – Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Erdogan: Penguasa Mesir Itu Pengganas, Bukan Ikhwanul-Muslimin. Sisi Sama Saja Dengan Assad


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kembali mengecam dan mengutuk aksi ganas penguasa sementara Mesir. Beliau melihat ketika ini sedang berlangsung terorisme negara sedang berlaku di Mesir.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Seram: bapa kelar anak yang sedang tidur,minum darahnya

gambar hiasan

KOTA KINABALU  -  Seorang lelaki yang mengaku dimiliki semangat roh-roh membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan mengelar bahagian tekak sebelum bertindak minum darah anaknya sambil adegan seram itu dilihat ahli keluarga, di bahagian Pantai Timur, daerah Lahad Datu.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalan Raya


Seawal pagi tadi heboh di internet dengan berita Ustaz Azhar Idrus kemalangan jalan raya di depan Desa Murni, Pengadang Baru, Terengganu. Berita di terima dari facebook Studio Mukmin.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Lawak UMNO: Dengar lagu Negaraku dulu sebelum tonton wayang


KUALA LUMPUR - Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Khamis, 15 Ogos 2013

Bongkar!! Nazri Aziz Lantik Anak Sebagai Pegawai Khas Di Kementeriannya?


Ini adalah website rasmi Kementerian Perlancungan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini. Jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas. 

Selasa, 13 Ogos 2013

Pelajar Institut Kemahiran Serah Tubuh Kepada Nelayan


Perlakuan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu kasih bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM 2800 atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Tauke restoran nasi kukus Paka Terengganu mati dibunuh depan kedai


Tauke restoran nasi kukus Paka Terengganu mati dibunuh depan kedai
restoran nasi kukus terengganu

WAJAH PEMILIK RESORT YANG IZINKAN SURAU DIJADIKAN TOKONG KENA TAHAN REMAN TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!


PEMILIK resort berbanju warna jingga (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi bagi kes surau yang dijadikan tempat upacara keagamaan di surau Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi, hari ini.

Isnin, 12 Ogos 2013

[BERGAMBAR] Letupan lagi: Kereta Diletakkan "Mercun Kelapa", Seorang Cedera


George Town: Seroang perempuan warganegara China mengalami kecederaan ringan apabila 'mercun kelapa' (mercun berbentuk buah kelapa) yang diletakkan di bawah sebuah kereta meletup tatkala beliau melalui Lorong Cinta di Jalan Chulia jam 2.30 petang.

Malam ini dijangkakan akan ada fenomena "Hujan Meteor" di ruang angkasa.


Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.

Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera


Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat 

Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.

[GAMBAR] Selepas Kes Tembak, Kini Kes Bom Pula, Seorang Kerani Maut


Tumpat - Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini. 

Gadis Dibogelkan & Dibelasah Dengan Besi


Kuching – Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.

Ahad, 11 Ogos 2013

Pasangan Kekasih Ditemui Mati Tergantung Di Rumah


Ayer Molek - Soal cinta berkemungkinan menjadi punca sepasang lelaki dan wanita ditemui mati tergantung di dalam sebuah rumah tinggal di KM10 Bukit Lintang, di sini, pagi semalam. 

Sabtu, 10 Ogos 2013

Anggota Tentera Pula Cedera Kena Tembak Di Sempadan M’sia-Thai


Seorang anggota tentera yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand di sini, cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian awal hari ini. 

Cara Pelik Orang Syiah Solat (18 Gambar)



Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Khamis, 8 Ogos 2013

Lagi kes tembak di perak, Lelaki parah ditembak di Chemor


Ipoh: Seorang lelaki parah ditembak dua suspek bermotosikal ketika mangsa sedang memandu keretanya di Taman Klebang Putra, Chemor, di sini, malam semalam.

Dr Mahathir Terhibur Dengan Sindiran Kuan Yew, Akan Balas Kenyataan Pak Lah Dalam Masa Terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) hadir rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya pada Khamis. -fotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau akan mengulas mengenai komen teguran menyinggung yang dibuat oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'Awakening: Tun Abdullah Badawi Years in Malaysia, terhadap menyinggung teguran oleh pengganti dia Tun Abdullah Badawi dalam buku itu, Awakening dalam masa terdekat.

Rabu, 7 Ogos 2013

Lagi kes tembak di Kulim, penjual telefon bimbit cedera parah


KULIM: Seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, di sini, malam tadi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive