Selasa, 20 Ogos 2013

Penswastaan MAS hanya untungkan kroni Umno


KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Pertembungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak berhubung penswastaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akhirnya hanya menguntungkan kroni Umno, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul.

 “Isu penswastaan atau penjualan MAS ini hanya gimik awal Mahathir-Najib bagi menghalal tindakan mereka merompak wang rakyat untuk diagih kepada kroni mereka. 

“Persoalan besar yang harus dilihat rakyat ialah kroni siapa yang dapat?
“Apa yang pasti, kroni Mahathir-Najib masing-masing berperang sesama mereka dan dibantu dua pimpinan Umno ini,” katanya kepadaKeadilandaily.

Beliau menegaskan, syarikat penerbangan nasional itu pernah diswastakan pada 2001 kepada Tan Sri Tajudin Ramli dan mengalami kerugian yang kemudiannya memaksa kerajaan membeli semula saham MAS pada harga tinggi.

Pada 13 Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mencadang MAS dijual dan tiga hari kemudian, Mahahtir mahu syarikat itu diswastakan sebelum ditolak Najib 19 Ogos lalu.

Idris Jala dalam kenyataan sebelum ini berkata, saham MAS didagang pada RM6, namun kin harga sahamnya jatuh kepada 30 sen.

Putrajaya membeli saham MAS melalui Khazanah Nasional Bhd pada harga RM8 ketika krisis, sedangkan saham syarikat berkenaan ketika itu bernilai RM3.68.

Khazanah ialah pemilik majoriti MAS, yang mencatat kerugian enam suku tahunan berturut-turut.
“Yang menjadi mangsa ialah rakyat selaku pembayar cukai kerana terpaksa menanggung kerugian itu sebagaimana berlaku sebelum ini,” ujar Johari. - KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive