SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini.
Stesen televisyen
tempatan Channel News Asia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan
wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual,
butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah
popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.
“Saya tidak tahu bila
pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul
11 malam tadi, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta
semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga,” kata surirumah,
Sharene Ong, 39 tahun.
Menurut jurucakap
butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual’s Seminaked itu
menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama
hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun.
Desigual telah pun
melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50
cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo
manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan, lapor Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan