Ahad, 4 Ogos 2013

Muhyiddin ke Iran jumpa presiden baharu syiah!!


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baru Republik Islam Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa pembesar negara asing pada majlis pelantikan presiden Dr Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di sini lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan "Kesederhanaan dan Kebijaksanaan", Dr Hassan Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi. 

Hassan Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang telah mentadbir sepanjang lapan tahun .


p/s: aikkk kata boikot syiah, yang pergi jugak kenapa?? kesian la rakyat malaysia yang hari-hari duk hentam syiah haha umno semua boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive