Sabtu, 3 Ogos 2013

LAGI KEKEJAMAN KERAJAAN PULAU PINANG DI BAWAH PEMERINTAHAN LIM GUAN ENG (DAP)


KERAJAAN PR PULAU PINANG PIMPINAN LIM GUAN ENG BERI BANTUAN AIDIL FITRI MELEBEHI RM1.3JUTA KEPADA GURU-GURU KAFA,SAR,SRAR DAN TAHFIZ SELURUH NEGERI PULAU PINANG!!!

Tak habis-habislah Lim Guan Eng nak naikkan darah Pemuda UMNO, Perkasa, Pekida dan Jati.

Terbaru telah menyampaikan bantuan dan sumbangan Aidil Fitri kepada Guru-guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama Rakyat, dan guru Tahfiz seluruh negeri Pulau Pinang. Setiap Guru/Ustaz/Ustazah diwakili oleh wakil dari daerah masing-masing.

Peruntukkan dianggarkan melebihi RM1.3 juta di serahkan kepada wakil-wakil berkenaan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam 1hb Ogos 2013 di Masjid Terapung Tanjung Bunga. 

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Kalaulah berterusan begini perangai, telatah dan gelagat yang dipamirkan oleh kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, maka habislah modal Pemuda UMNO, Perkasa, Pekida dan Jati nak buat demo dengan menuduh Lim Guan Eng sebagai anti Islam dan menindas kaum Melayu di Pulau Pinang.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive