RAFAH
- PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim
Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.
Media
RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap
dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.Saksi
berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan
kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.
Sumber
Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di
kawasan berkenaan.“Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan
dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di
Mesir,” katanya.Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang
apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin
berkurangan.
“Kami
khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar
sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut,”
katanya dalam satu kenyataan.Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan
meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan
di Mesir merebak ke negara itu.
Terowong
antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta
penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.Mursi sejak awal kempen
pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin,
kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam
menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.
Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.
Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir. ~sinar harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan