BANGI,
22 Julai – Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohammad Ismail menyifatkan
angka ahli Syiah yang mencecah 300,000 hingga sejuta orang seperti yang didakwa
Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz adalah satu
pembohongan besar.
“Kamil hanya bermain psikologi untuk meraih simpati supaya Syiah
tidak diharamkan dan tidak dikenakan tindakan tegas ke atas mereka.
“Sebenarnya angka yang diberikan sama sekali tidak benar dan
tidak sampai pun ke tahap itu, semuanya bohong belaka,” katanya ketika ditemui
wartawan ISMA.
Beliau berkata demikian mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran
Syiah di Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Kamil dalam satu portal
mediaonline hari ini.
Mengulas hal tersebut ujar Ustaz Mohammad, Kamil berkata
demikian sebenarnya adalah isyarat supaya anti Syiah tidak difatwakan di setiap
negeri.
“Itu hanya isyarat, tak kan dia mahu cakap jangan ambil
tindakan, jangan haramkan Syiah sebab pengikut Syiah kini mencecah sejuta
orang.
“Untuk mengatakan jangan menyekat Syiah, mungkin agak kasar.
“Jadi dia menggunakan psikologi angka tersebut untuk mengaburkan
pihak bertanggungjawab,” jelasnya.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan sebelum ini pada tahun 2010
yang diterbitkan oleh Majalah Najaf yang ditemubual oleh Hadi Asy-Syamri, Hasan
Askari memberitahu kepada Ayatullah Sistani Najaf bahawa Syiah di Malaysia
hanya sekitar 25,000 hingga 30,000 orang namun angka tersebut juga tidak dapat
dipastikan sama ada tepat atau tidak
Ujar Ustaz Mohammad adalah mustahil dalam masa setahun angka
tersebut boleh bertambah sehingga mencecah sejuta orang. ~ ISMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan