"Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang beriman"
Surah Al-Mu'minun, Ayat 1
Aku masih ingat ketika berusia 20 tahun, didalam sebuah gereja di Jerman, di sebuah berek Tentera British, mabuk sehingga jam 4 pagi,
jelas aku ingat bagaimana aku menangis dan bertanya 'Tuhan' apa tujuan hidupku,
untuk apa? Aku tidak tahu ketika itu bagaimana untuk meminta ampun, aku tidak
tahu apa yang betul dan apa yang salah. Aku menghabiskan 12 tahun sebagai
seorang tentera, di pelbagai tempat, jahil dengan apa yang merosakkan cara
pemikiranku telah menyebabkan orang lain menderita. Tetapi aku pastinya tidak
boleh menjadi terlalu jahat.Surah Al-Mu'minun, Ayat 1
Aku masih ingat ketika berusia 20 tahun, didalam sebuah gereja di Jerman, di sebuah berek Tentera British, mabuk sehingga jam 4 pagi,
Kemudian aku bekerja dalam perkhidmatan keselamatan yang memberikan aku kesenangan, bekerja di peringkat tertinggi. Aku fikirkan yang aku akan menikmati kehidupan sebenar, tetapi aku tidak pernah benar-benar merasa gembira, sentiasa tercari-cari, tetapi tidak pernah jumpa penyelesaiannya.
Pada tahun 2008 aku telah ke Gambia dengan abangku untuk memancing. Gambia adalah sebuah negara Islam. Orang-orangnya begitu baik, membuatkan aku kurang selesa pada mulanya.
Semua orang yang aku jumpa begitu baik, begitu ramah, begitu mengalu-alukan, pada fikiranku mungkin mereka berbuat baik untuk mengambil kesempatan.
Kemudian aku kembali ke UK. Dirundung masalah. Aku mendapatkan nasihat dan bantuan dari jauh, iaitu dari saudara Hayaz Ibnu Hameen. Aku perlu faham tentang Islam ... ingin mengenali Allah (SWT), dan ingin mengenali siapa Muhammad (saw). Selepas banyak mengkaji dan sedikit usaha, aku dapat merealisasikannya. Selepas 40 tahun mencari, aku menjumpai segala-galanya.
Aku kembali ke Gambia, memeluk Islam. Allah tunjukkan aku jalan. Dan kini aku mula tahu untuk apa aku hidup, apa yang segala-galanya adalah mengenai Islam. Kini namaku Ibraheem Camara. Aku seorang Muslim dan aku menjalankan kerja dakwah di jalan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan