Selasa, 9 Julai 2013

Harussani: Jangan rosakkan tarawih dengan tazkirah


IPOH: Umat Islam yang akan menyambut Ramadan mulai esok dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat.

"Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita membuang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya di pejabatnya di sini, hari ini.

Harussani diminta mengulas amalan tazkirah yang dilaksanakan oleh banyak masjid di seluruh negara pada malam-malam Ramadan dan lazimnya dilakukan di antara solat tarawih.

Kerajaan negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad baru-baru ini mengeluarkan arahan melarang ceramah atau tazkirah semasa solat tarawih dan mana-mana masjid yang ingkar boleh dikenakan tindakan.

Alasannya, supaya solat tarawih tidak diganggu dengan penganjuran ceramah atau tazkirah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam reaksinya berkata keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri Pahang itu adalah berdasarkan perspektif negeri itu dan selaras bidang kuasa kerajaan negeri.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam pada itu menyifatkan langkah kerajaan negeri Pahang itu sebagai tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik serta bersedia memberikan khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang terlibat sekiranya dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Harussani turut mengingatkan umat Islam supaya berlumba-lumba untuk melakukan ibadah pada sepanjang Ramadan tetapi jangan bertelagah mengenai jumlah rakaat solat tarawih dan sebaiknya mengambil tradisi pertengahan iaitu 20 rakaat.

"Marilah kita berlumba-lumba. Kita jangan berlumba-lumba sampai 40 rakaat, jangan kita berlumba-lumba sampai 36 rakaat. Kita ambil tradisi pertengahan 20 rakaat dan jangan dirosakkan syariat tarawih ini dengan kita selangi perkara yang lain (iaitu tazkirah)," katanya.

Harussani turut mengingatkan bahawa bulan Ramadan merupakan tawaran istimewa Allah kepada umat Nabi Muhammad kerana ia menawarkan keampunan yang begitu luas.

Beliau juga menasihati umat Islam agar tidak menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan pesta makanan sebaliknya jadikanlah ia bulan untuk membentuk jiwa dan peribadi yang mulia dan diredhai Allah.~ AA


p/s: harunsani tengah mabuk ketum ke?? 

1 ulasan:

  1. nampak pelik mufti nieee ... mungkin dia tak faham kot .. mana orang buat takzirah masa orang sembahyang tarawikh .. selalunya orang buat lepas sembahyang atau pertengahan tarawik ... mana nak ganggu sembahyang pulak ....sedang kan menuntut ilmu itu fardhu ain ... emmm cam na tuuu ???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive