Rabu, 24 Julai 2013

GAMBAR: Lelaki Ditemui Mati Terikat Di Tangga


KANGAR –  Seorang lelaki ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat pada tangga yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di sebuah kebun buah-buahan di Padang Siding dekat sini, Selasa.
Mayat lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bahagian matanya turut ditutup dengan ikatan kain ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat.
“Tiada sebarang kesan luka pada mayat mangsa. Identiti mangsa belum diketahui dan tidak dapat diketahui sama ada mangsa itu warga tempatan atau rakyat asing,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan punca kejadian. – BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive