Jumaat, 19 Julai 2013

Dewan Orang Ramai Jadi Hotel Milik Peribadi Pemimpin UMNO


KUALA BESUT, 19 Julai - Pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Husam Musa menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan, bagaimana sebuah Dewan Orang Ramai di pekan Kuala Besut boleh menjadi sebuah hotel milik peribadi seorang pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

Hotel Samudera yang terletak berhampiran dengan stesen bas dan teksi Kuala Besut asalnya adalah bangunan milik kerajaan yang menempatkan sebuah restoran keluarga dan dewan badminton yang menjadi premis riadah bagi belia dan orang muda Kuala Besut.
"Hari ini dia jadi hotel dan saya difahamkan hotel ini milik orang kuat Umno Bahagian Besut. MB kita... . Datuk Seri Ahmad Said orang yang telus... orang yang berterus terang, Saya kira Datuk Ahmad Said lebih berwibawa menamakan orang yang memiliki (nya)," ujar Husam.
Selain itu, menurut Husam, disebelah bawah premis berkenaan terdapat ruang-ruang perniagaan yang disewakan dengan kadar RM300 hingga RM1400 kepada orang ramai.
Husam pada sidang media harian PAS di markaz besar PRK Kuala Besut itu bagaimanapun menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut.
Beliau berkata, dalam kes pemilikan tanah oleh adun-adun BN ini, MB Terengganu lebih berterus terang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive