KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk
Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata akan menimbangkan untuk menjadi
pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupan beliau.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai status beliau selepas
pilihan raya umum ke-13.Veteran politik itu kalah kepada calon PAS, Nik Abduh
Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.
“Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi
saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi.
Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang ‘simple’ – sederhana,”
tegas Presiden Perkasa.
Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau didalam dunia politik
Ibrahim berkata dia masih di dalam politik kerana Perkasa adalah satu badan NGO
yang politikal.
“Perkasa adalah badan bukan kerajaan yang politikal, tetapi Perkasa
bukan parti politik. Saya masih lagi aktif di dalam dunia politik bersama
Perkasa” beliau menegaskan.
Dalam pada itu, Perkasa telah mengambil langkah proaktif dengan
mewujudkan beberapa jawatankuasa baru di dalam NGO tersebut. Turut diwujudkan
adalah jawatankuasa perpaduan dan kepentingan nasional.
`NGO antara kaum’
“Kami akan membuka majlis NGO antara kaum supaya masing masing
memahami nilai dan budaya antara kami. Kami juga akan mengadakan kongres
kepentingan nasional menjurus kepada isu keselamatan negara. Isu negara adalah
isu nombor satu bagi Perkasa,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari
ini.
Ketika diminta mengulas isu rang undang-undang pentadbiran agama Islam
2013, Ibrahim menegaskan supaya isu ini tidak dipolitikkan oleh mana mana
pihak.
“Saya meminta pada semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu ini.
Dalam hal ini rujuklah kepada al-Quran dan Hadis” ujar beliau. Selain itu,
Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil
Kuala Besut di Terengganu. “Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan
menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini”
-FreeMalaysiatoday
p/s: kesiaaaaannnnnnn :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan