Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, beliau akan menyaman akhbar Berita Harian kerana memfitnahnya
berhubung dakwaan Pakatan Rakyat menerima wang dana asing untuk perhimpunan
Black 505.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) bertanya soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat tentang laporan memetik bekas naib presiden Indonesia Jussuf Kalla, yang menyebut Anwar menerima dana asing bagi perhimpunan itu.
"Saya memutuskan untuk menyaman Berita Harian kerana fitnah jahat ini. Penjelasan telah diberi oleh Jusuf
di dalam media, tetapi kenapa Kementerian Dalam Negeri mengambil masa berbulan
untuk selesaikan perkara ini?" kata Anwar (kanan).
Anwar berkata demikian ketika bangun selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab soalan daripada Reezal.
Selain itu, Anwar turut membacakan SMS yang diterimanya daripada Jusuf kepada Dewan Rakyat bagi menafikan laporan akhbar harian tersebut.

p/s: huhu asyik kena saman je paper umno ni.. macam mana macai umno boleh buat rujukan paper kuat fitnah ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan