KUALA LUMPUR 18 JULAI: Kerajaan berkongsi
keuntungan hasil pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bersama
kroni dengan cara membebankan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Bandar, Azan Ismail.
Dinyatakan juga dalam tempoh yang sama,
sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ).
“Kerajaan masih belum merubah sikap suka memberi keuntungan
kepada kroni dengan mengambil wang rakyat,” kata Azan mengulas perkara itu.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini menyatakan dalam Parlimen
segala kos penyelenggaraan dan pemasangan AES akan ditanggung syarikat swasta
dan kerajaan akan menerima sebahagian dari bayaran kompaun.
“Maknanya, sah kewujudan AES itu bermotifkan keuntungan
berbanding keselamatan pengguna jalan raya. Sebab itulah kerajaan bersungguh
mahu laksanakan sistem ini,” jelasnya kepadaKeadilan Daily.
Beliau turut mempersoal keterlibatan agensi penguatkuasaan
seperti JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam melaksanakan
AES.
“AES dikawal oleh syarikat swasta tetapi menggunakan agensi
kerajaan, bermakna mereka menggunakan khidmat pegawai kerajaan secara percuma.
Hasil kutipan pula diambil bulat-bulat tanpa mengira gaji atau elaun pekerja
yang terlibat,” katanya.
“Sebab itu kita kata kerajaan dan kroni berkongsi keuntungan,
rakyat pula dibebankan, syarikat kroni seolah-olah mendapat keuntungan atas
angin. Produk tiada tetapi dapat wang berjuta-juta,” jelas Azan.
Perkhidmatan AES dikendalikan syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan
ATES Sdn Bhd. Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di seluruh negara. ~ KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan