Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.
Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro
Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000. Peguam Mohammad Nizar, Zamri
Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya
elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan
ianya terbukti merujuk kepada plaintif.
Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam,
Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan
Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah
Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan
oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini.
Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan
justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita,
sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen
terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian.
Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama
apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu
pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama.
“Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran
WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan
Johor salah guna wang rakyat. “Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang
adil,” jelasnya.
Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan
perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan
tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif.
“Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif
tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan
menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam
Twitter plaintif,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan
rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu. “Ini bukan kali
pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami
menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah.
“Saya bersyukur
dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya
tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali,” jelasnya
lagi.
Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan
untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan
mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida
nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012. -HD
p/s: Haha inilah balasannya, UMNO jangan heran la kalau yb PR kaya raya, yela asyik menang saman je hehe dah berapa kali utusan kena saman pun macai2 UMNO still jadikan utusan sumber mereka :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan