Sabtu, 13 Julai 2013

Muhyiddin Bohong?.. Calon BN Bukanlah Anak Tempatan


Ketika memperkenalkan Calon BN bagi pilihan raya kecil Kuala Besut Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 adalah anak tempatan.

"Beliau (Tengku Zaihan) bertanding untuk parti dan bukan untuk dirinya sendiri.

"Kejayaan beliau sangat penting kepada parti dan kemenangan ini sangat bermakna kepada BN supaya kita boleh terus membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada penduduk Kuala Besut,” katanya.

Tengku Zaihan memperolehi ijazah kejuruteraan awam daripada Universiti Sains Malaysia dan sudah berumahtangga dengan empat anak.

Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, berkata Tengku Zaihan ialah ahli Umno biasa bagi cawangan Kuala Besut.

Bagaimanapun mStar melaporkan bahawa Calon BN bukanlah anak tempatan sepertimana yang dilaporkan oleh kebanyakkan media tunggangan UMNO sebelum ini..


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada yang kata beliau tidak dilahirkan dan dibesarkan di sini...cuma keluarganya ada di sini.

"Mengikut sumber juga calon BN ini bukan kehendak masyarakat setempat. Tetapi beliau didatangkan dari pilihan orang Putrajaya," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Sabtu.

Menurut Mustafa, berbanding wakil PAS, Endut @ Azlan Yusor, beliau merupakan calon akar umbi yang menjadi pilihan masyarakat setempat di Kuala Besut.

"Azlan tak pernah pun bercita-cita nak jadi calon pilihan raya. Tapi memandangkan beliau mempunyai kriteria 'calon rakyat', maka kita beri kepercayaan kepadanya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya ~ mStar 

Boleh dianggap sebagai calon payung terjunlah dia ni..

~Anaksungaiderhaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive