KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Pentadbiran Datuk Seri
Najib Razak dijangka menaikkan kadar tol di seluruh negara bermula 2014,
merujuk jawapan Kementerian Kerja Raya kepada ahli parlimen Petaling Jaya
Selatan, Hee Loy Sian.
Namun, berdasarkan jawapan menteri, kerajaan hanya berjanji
bahawa tiada kenaikan tol di lebuh raya kendalian kendalian PLUS Expressway
Berhad bagi tempoh 2011 hingga 2015.
Manakala di lebuh raya kendalian MTD Capital
Berhad bagi tempoh 2011 hingga 2013.
Sementara itu, penurunan kadar tol Kenderaan Kelas 1 di Lebuh
Raya Shah Alam (KESAS) seperti diumum kerajaan 15 Januari lalu hanya sah bagi
tempoh 2013 hingga 2015.
“(Ini bermakna) rakyat khususnya pengguna jalan raya tetap
akan mengalami kenaikan kadar tol selepas 2014 dan 2015,” katanya lagi.
Justeru katanya, kandungan manifesto BN pilihan raya umum
ke-13 kononnya untuk mengurangkan bilangan konsesi tol dalam tempoh lima tahun
hanya ‘omong kosong’.
“Ulasan panjang lebar Kementerian Kerja Raya langsung tidak
menyentuh pelan pengurangan atau pemansuhan tol seluruh negara,” katanya. ~KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan