Bantuan yang disalurkan
kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan
bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya
kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin
Abdul Rahman.
Beliau berkata kerajaan
sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya
golongan nelayan atau petani.
"Jika bantuan diberikan semasa bahang pilihan raya diadakan, ia adalah secara kebetulan. Seperti saya datang ke Kuala Besut, sudah pasti mengikut adat orang Melayu saya akan bawakan sedikit cenderamata kepada tuan rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut, hari ini.
Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu Nawi Mohamad, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Terengganu Dr Marzuki Zakaria dan Pengawai Daerah Besut A Rahim Jusoh.
Pada program itu, Tajuddin menyampaikan bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut.
Pada 24 Julai ini, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan calon PAS Endot@Azlan Yusof.
Sementara itu, seorang daripada penerima bantuan, Mat Yusof Awang Ahmad, 73, dari Kampung Gong Manok di sini berkata, beliau bersyukur menerima bantuan itu dan akan menjaga 15 ekor anak ayam kampung yang diterimanya dengan sebaik mungkin.
"Ini kali pertama saya menerima bantuan seperti ini daripada kerajaan dan ayam ini akan dijaga sehingga cukup umur sebelum dijual pada harga RM8 sekilogram," katanya yang menjalankan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan.
Penduduk Kampung Baharu di sini, Mohammad Ishak, 65, pula berkata bantuan itu akan dijadikan permulaan untuk beliau berjinak-jinak dalam penternakan ayam kampung untuk menampung perbelanjaan selain bergantung kepada pencen setiap bulan.
- Bernama
p/s: hangpa percaya ka?? kahkahkah selama umno memerintah negara ni takkan sekarang baru nak buat kot, tipu budak-budak sekolah boleh la,, bulan-bulan puasa pun nak menipu ka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan