PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim
Ali hari ini menolak pelawaan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan ekoran
kenyataan beliau menyelar Umno kerana meminggirkan Perkasa.
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah bahawa
tiada sebab bertemu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim. “Terima
kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali
belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.
“Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua
Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang
hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker,” Ibrahim menambah.
Dalam pada itu, Ibrahim turut menyangkal
dakwaan bahawa beliau marah terhadap parti Melayu terbesar itu. “Saya tak
marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.
Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak
tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya
tidak marah. Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap,”
ujar beliau.
Pada Rabu lepas, Ibrahim menempelak Umno kerana
didakwa meminggirkan Perkasa. Beliau berkata Umno serta Barisan Nasional lebih
memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang
Melayu.
Sehubungan itu, Ibrahim telah memberi amaran
untuk mengambil langkah yang lebih drastik jika keadaan tidak berubah.
p/s: alaaaa laa katak jangan la merajuk :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan