Jumaat, 19 Julai 2013

Diskriminasi : Tuan Guru Nik Aziz Kecewa


KUALA BESUT, 19 Julai - Rentetan dilarang menunaikan solat maghrib di Masjid TUDM dekat sini, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menzahirkan rasa kecewa beliau apabila sering didiskriminasi sepanjang 23 tahun pemerintahannya di Kelantan. Beliau tidak pernah sekali pun diberikan peluang untuk memasuki tv dan radio, disekat daripada berucap di sekolah kebangsaan dan pelbagai lagi bentuk ketidak adilan yang dilakukan UMNO sepanjang beliau menjadi Menteri besar.
Meskipun berkondisi sedikit uzur, Mursyidul Am PAS itu tetap hadir bagi menyokong calon PAS, Che Long.
Berucap di hadapan penduduk berhampiran kem tentera udara Gong Kedak, beliau menjelaskan bahawa sekatan dan halangan yang dihadapi, menyebabkan PAS Kelantan mengambil keputusan untuk melaksanakan sendiri projek lebuhraya kerana kerajaan persekutuan tidak mahu menjalankannya. Keputusan itu disambut baik oleh 'orang Siam' dan masyarakat beragama Budha di Kelantan sehingga mereka bersepakat mengutip derma dan menghulurkannya kepada Tuan Guru.
Tambah Tuan Guru, UMNO di Kelantan banyak menimbulkan isu PAS tidak membina masjid di Kelantan. Namun begitu, PAS Kelantan sebenarnya lebih banyak mendidik masyarakat untuk berfikir dan bertindak mengimarahkan masjid. Ujar beliau, "Kami suruh mereka bina sendiri dan kerajaan sumbang setakat yang kami mampu."
Sebelum mengakhiri ucapannya, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Ambo tak mahu bercakap banyok, pakat pilih PAS belako dan kalau boleh calon UMNO pun pangkoh PAS!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive