Jumaat, 12 Julai 2013

Wanita ditemui mati tergantung di garaj kereta


SEREMBAN – Seorang berusia lingkungan 20-an ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah garaj kereta berbumbung di Kampung Baru Mambau, dekat sini, semalam.

 Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mayat mangsa yang juga seorang warga China ditemui orang ramai di garaj terletak bersebelahan gelanggang bola keranjang kampung tersebut.

Suami mangsa berusia lingkungan 50-an yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, isterinya didapati tidak pulang ke rumah semalaman.

“Puas saya cari dia di merata-rata tempat, tetapi tidak jumpa. Namun, tidak terfikir pula hendak mencarinya di kawasan parkir tersebut. Saya benar-benar tidak sangka perkahwinan selama enam tahun akan berakhir sebegini,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Menurut suami mangsa, dia kini tidak pasti nasib bakal menimpa tiga orang anak mereka berumur 1 hingga 5 tahun selepas ketiadaan ibu.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Chee Mok, 64, berkata, ketika kejadian, dia ternampak kelibat seorang wanita pada salah satu tiang parkir ketika sedang berjoging sekitar jam 6 pagi.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat melihat dengan jelas kerana cuaca yang agak gelap. Saya langsung tidak syak apa-apa kerana sangkakan wanita itu sedang berdiri menunggu seseorang.

“Tetapi, saya mula pelik apabila mendapati badan wanita itu masih berada di kedudukan sama setengah jam kemudian, tanpa sedikit pun bergerak,” katanya.

Menurut Chee Mok, dia kemudian diberitahu penduduk lain bahawa wanita dilihatnya itu sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketia dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive