Ustaz
Khairuddin At-takiri menunjukkan surau yang dikunci dalam sidang media petang
semalam
KUALA BESUT, 21
Julai : Sejak
kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut bermula,petugas dalam kalangan ahli PAS
mula mengimarahkan sebuah surau yang terbiar di Kg Lampu dengan menunaikan
solat tarawih, solat lima waktu dan sebagainya. Surau tersebut dibina atas
tanah milik persendirian dan sebelum ini ianya ditinggalkan kerana ketiadaan
imam dan bilal yang ingin bertugas secara sukarela.
Dewan Ulama' PAS Kawasan
Setiu telah menghidupkan surau tersebut akan tetapi surau itu telah dikunci
selepas dua hari ia diimarahkan. Surau tersebut telah dikunci bagi mengelakkan
sesiapa memasukinya.Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh pihak yang
berkaitan dengan UMNO. Ia turut mnyebabkan satu majlis kesyukuran yang
dirancang di surau tersebut terpaksa ditukarkan ke tempat lain.
Haji Omar Sidek antara ahli
PAS yang sama-sama cuba mengimarahkan surau itu mengzahirkan rasa terkilan atas
tindakan tersebut. Malahan baginya,penduduk seharusnya bersyukur dan sama-sama
mengimarahkan surau tersebut bersama ahli PAS. ~ sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan