Empat finalis beragama Islam Miss Malaysia World 2013.
PETALING JAYA: Empat
finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu
cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian
semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah
mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss
Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan
wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan
mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa
menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star
Online.
"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang
untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World
2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.
Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau
perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.
"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat
pada awal minggu depan," katanya.
Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau
Selasa akan datang.
Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan
di negara jiran, Indonesia.
Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk
bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini
sebaliknya mereka akan memakai kain. - mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan