Rabu, 10 Julai 2013

AHLI PARLIMEN DAP Non Muslim TEKAD BERPUASA SEBULAN DI BULAN RAMADHAN


Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh. 

"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi. 

"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. 

Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive