Sabtu, 6 Julai 2013

Harga ayam naik RM1.50, padan muka pencacai UMNO!



ALOR SETAR  - Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Alor Setar, dekat sini, mendakwa berlakunya kenaikan harga barangan mentah khususnya ayam, ikan dan daging import.

Difahamkan, harga ayam dua minggu lalu RM6.30 sekilogram, bagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram hingga menimbulkan kebimbangan kepada peniaga malah juga kepada orang ramai.

Peniaga, Wan Ahmad Fauzi Wan Ismail, 42, berkata, mereka yang berniaga di pasar berkenaan sememangnya terkejut apabila harga bekalan ayam  meningkat sebanyak RM1.50 berbanding sebelumnya.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa juga menaikkan harga disebabkan kos tinggi diterima daripada penternak.

“Malah, kami difahamkan akan berlakunya kenaikan sebanyak 50 sen lagi ketika bulan Ramadan nanti. Kebanyakan pelanggan kini mengeluh dan ada juga yang meminta saya memberi diskaun sekali-sekala kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, dia juga mendengar khabar menyatakan bahawa harga daging import turut tidak terkecuali yakni meningkat sebanyak RM1.50.

"Harga asalnya RM13.50, kini menjadi RM15 hingga RM16 sekilogram.
"Kebiasaannya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menetapkan harga syiling bagi barangan keperluan harian ini sebelum dan selepas hari raya," katanya.
Wan Ahmad Fauzi berkata, dia mengharapkan pihak berkenaan dapat mengambil inisiatif dengan mengawal kenaikan harga barangan keperluan harian secara lebih menyeluruh termasuklah terhadap penternak dan peniaga terlibat supaya tidak menyulitkan semua pihak.

Sementara itu, pengguna, Othman Hussain, 47, dia tidak bersetuju jika harga barang mentah naik.
"Nak dekat puasa dan raya belanja kena lebih, kalau barang naik susahlah, lagi-lagi golongan yang berpendapatan rendah macam saya ini.
"Saya harap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya, agar tidak membebankan rakyat," katanya.
p/s: syukurlah negara masih aman!!! - macai umno

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive