Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasa petisyen tu ditolak.
Bharian melaporkan:
Calon
Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hari ini menyerahkan sijil
bagi "Dana Bakti Remaja" kepada penduduk di Kampung Baharu di sini.
Kira-kira 1,091 penduduk berumur di antara 21 dan 40 tahun dari pusat daerah mengundi Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang terletak dalam Kampung Baharu layak mendapat bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif kerajaan negeri. Tengku Zaihan diiringi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan Abdullah Che Muda yang memperkenalkan calon berkenaan kepada orang ramai. - Bharian.

Taktau la pulak kalau
aksi ni tak boleh ditafsirkan sebagai beli undi tak kira la inisiatif kerajaan
negeri ka sapa ka tapi bila yang bagi tu calon, diringi pulak oleh bekas Adun
apa lagi persepsinya, tak timbul dah inisiatif kerajaan negeri tapi yang
disembangkan tentunya calon BN yang bagi.
Akta kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 10 tertulis:
10. Penyogokan
Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok:
(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya; - Akta 5
Tapi taktau la pulak kalau kesalahan tu dibuat sebelum hari penamaan calon tak boleh disabitkan tapi ayat kat atas tu jelas menyebut " sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya".
Lagi jelas bila bantuan tu diberikan kepada yang berumur diantara 21 dan 40 tahun. Umur 21 tahun tu dipillih pasai umur layak mengundi.
Kalau betul nak bagi kepada remaja patutnya sijil tu dibagi kepada yang berumur seawal 12 atau 13 tahun macam dikategorikan oleh wikipedia.

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. - wikipedia.
Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasa petisyen tu ditolak.
- Cenangau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan