Khamis, 11 Julai 2013

Pekan Pahang: Penduduk tertekan gangguan bekalan air


PEKAN – Penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu semakin kritikal sehingga mengganggu rutin harian.

Penduduk dari Felcra Sri  Makmur  Peringkat Satu, Zulkifli Mohd Nordin, 57, berkata, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dilakukan.

Menurutnya, dia dan jiran terpaksa menadah air di dalam baldi dan tong bagi menampung kegunaan isi rumah berikutan masalah berkenaan.

“Ada masa penduduk dapat bekalan air namun tekanannya amat rendah dan dalam tempoh dua bulan ini keadaan semakin kritikal apabila penduduk mengadu tidak mendapat bekalan air yang cukup.

“Keadaan sukar ini semakin dirasai apatah lagi kini Ramadan,” katanya.

Katanya, mereka sukar menyediakan makanan untuk bersahur disebabkan bekalan air bersih yang tidak mencukupi.-sinar


p/s:kahkahkah berita ni pasti tidak disiarkan dalam tv3 suku dan utusan umno wakaka  inilah balasan bila selalu kata kat kelantan takda air, sekarang dah kena batang hidung tempat PM pula tu nak salahkan sapa? pas juga kah??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive