KOTA BHARU - Pengguna di sekitar Kota Bharu mengeluh apabila harga daging, ayam dan sayur naik secara mendadak biarpun baru semalam puasa bermula.
Pesara guru, Rapie Daud, 67 dari Mentuan berkata, harga daging didapati meningkat dari RM22 sekilogram kepada RM24 sekilogram sejak tiga hari lalu di kawasan Kubang Kerian dan Wakaf Stan.
“Selain harga daging, peningkatan harga ayam dari RM6 sekilogram kepada RM7 sekilogram boleh membebankan pengguna. Sepatutnya peningkatan harga ini tidak terjadi kerana pada bulan puasa banyak kos diperlukan untuk membeli makanan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, Wan Rahimah Wan Daud, 62 berkata, kenaikan harga bekalan mentah seperti sayur-sayuran boleh memberi kesan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Wan Rahimah berkata, bagi harga timun, harganya bertambah dari RM16 sekilogram kepada RM18 sekilogram, manakala harga cili merah dari RM10 sekilogram kepada RM13 sekilogram.
“Bagi mereka yang makan gaji, kenaikan harga bekalan mentah ini tidak ketara dirasai, tetapi ia amat dirasai kepada orang kampung yang tidak mempunyai gaji tetap.
“Pihak berkaitan perlu membuat pemantauan dan mengambil tindakan dalam usaha membolehkan nasib pengguna terbela, selain kerajaan perlu mengotakan janji mengutamakan rakyat,” katanya.
Bagi peniaga, Jamilah Isa, 47 berkata, kenaikan harga daging lembu kampung itu meningkat tiga hari lalu setelah harga lembu mahal.
“Biarpun harga daging meningkat, namun permintaan terhadapnya pada bulan puasa juga bertambah menyebabkan kita tiada pilihan untuk membelinya,” katanya.
p/s: masa panglah BN dulu tak mengeluh pun ye sekarang sendiri mau ingat la, orang tawar turun harga minyak pendidikan free, tol free taknak,. nak jugak pilih Bee End.. sekarang rasakah huahuahuahua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan