Selasa, 16 Julai 2013

Rafizi: Pembekal Dakwat Kekal ‘Rakan Rapat’ SPR


KUALA LUMPUR 16 JULAI : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akhirnya mendedahkan seorang individu yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)
Dakwanya kontrak membekal dakwat kekal berkenaan diberi kepada seorang ahli perniagaan dari Singapura.
“Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya,” katanya di Dewan Rakyat.
Selain dakwat kekal yang tidak kekal, syarikat terbabit juga mendapat kontrak pembekalan peralatan PRU-13 lalu termasuk topi, t-shirt, dan dakwat kekal yang tidak kekal.
Menurut Rafizi, individu berkenaan juga pernah mendapat kontrak secara rundingan terus melalui Kementerian Pertahanan.
Rafizi berkata, pendedahan ini susulan SPR yang didakwa berdolak dalih dan tidak mendedahkan nama pembekal dakwat berkenaan biarpun berkali-kali disuruh berbuat demikian.
Sebelum ini,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kos pembelian dakwat kekal yang tidak kekal itu meningkat tiga kali ganda daripada RM2.4 juta kepada RM7.1 juta pada PRU-13 lalu.
Rafizi turut mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mengambil sebarang tindakan sehingga kini kepada pembekal dakwat berkenaan.
“Apakah tindakan yang diambil terhadap pakar rundingan terus, dan apakah status siasatan SPRM terhadap pembelian dakwat,t-shirt, topi yang termasuk dalam senarai pembelian tambahan SPR,” soalnya lagi.
Sehubungan itu, Rafizi turut meminta menteri berkenaan mengesahkan nama individu seperti apa yang didedahkannya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Rakyat kelak.- selangorku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive