SELAYANG 16 JAN : Blogger
dan pengendali laman sosial ‘Facebook’ pro Umno diminta untuk menarik balik
kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA
Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.
Ahli
Parlimen Selayang, William Leong, berkata kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua
pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah
tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.
Jelasnya, sebagai ahli
parlimen, beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan
Kemahiran Giat MARA yang didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri.
“Saya
tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ianya dikeluarkan di media massa,
lalu saya menghubungi Exco Negeri untuk penjelasan.
“Apa
yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh
penilaian ‘Task Force’ yang ditubuhkan Kerajaan Negeri, kerana itu notis
dikeluarkan,” kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.
Sehubungan
itu, beliau menggesa kedua-duanya iaitu blogger ‘Pahangku Media’ dan pengendali
laman ‘Facebook’ Boikot Barangan Cina DAP untuk menarik balik kenyataan fitnah
itu.
“Kami kini
dalam proses mencari mereka yang terlibat dengan kedua-dua laman sosial ini,
kemudian kami akan hantar surat peguam secara rasmi untuk mereka menarik balik
kenyataan.
“Sekiranya selepas tempoh tujuh hari dari tarikh surat
dikeluarkan mereka gagal untuk berbuat demikian, maka mereka perlu berdepan
tindakan saman daripada saya,” kata William.
Antara lain, melalui blog Pahangku Media yang boleh dilayari di
www.pahangku.com, William dikatakan bersetuju bersama anggota Exco DAP untuk
meroboh pusat latihan berkenaan bagi membina kondominium bersaiz kecil di atas
tapak itu.
Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan
bahawa pihak Kerajaan Negeri bersedia menimbang kembali keputusan sebelum ini
sekiranya pihak pentadbiran menambah baik bangunan sedia ada serta
mempertingkatkan kursus dan program latihan.
EZY
- Selangorkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan