Isnin, 17 Jun 2013

Adun Beserah baiki sendiri jalan berlubang !!


KUANTAN  -  Selepas aduan yang dibuat tak diendahkan pihak berkenaan, Adun Beserah, Andansura Rabu mengambil inisiatif membaiki sendiri jalan berlubang di Jalan Air Putih 2, di sini.

Keadaan jalan berlubang sejak enam bulan lalu membahayakan pengguna jalan raya di situ.

Andansura berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada penduduk dan pengguna jalan raya di situ berhubung jalan tersebut.

Menurutnya, beberapa tindakan susulan dibuat kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) namun tidak mendapat maklum balas yang memuaskan.

“Justeru, saya fikir elok jalan ini dibaiki untuk jangka masa pendek sebelum pihak bertanggungjawab tampil membaiki jalan yang rosak ini.

“Walaupun tak sempurna, sekurang-kurangnya lubang dapat ditutup. “Keadaan jalan menjadi semakin teruk dan bahaya kepada pengguna kerana lubang yang dalam,” katanya ketika ditemui di sini.

Andansura berkata, dengan kos RM300, pihaknya membeli peralatan seperti batu, pasir dan simen untuk menutup jalan berlubang itu.

Jalan yang menjadi tempat pusingan U itu berlubang teruk menyebabkan pengguna yang melalui jalan itu terpaksa lebih berhati-hati kerana bimbang berlaku kerosakan pada kenderaan.

Bagi Soo Ah Beng, 62, dia sering menggunakan jalan itu untuk ke kedai makan berdekatan.

“Ada dua lubang yang dalam, kalau kita lalu sini, kita kena hati-hati, bimbang kereta rosak,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive