PETALING
JAYA 21 Jun: Kenyataan bahawa polis akan menggunakan bantuan tentera untuk
menangani Himpunan Aman Black 505 adalah ugutan melampau, kata Angkatan Muda
KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan
meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan di Padang Merbok esok.
“Ini adalah kenyataan yang
menunjukkan pasukan keselamatan khususnya pasukan polis tidak faham makna
kebebasan bersuara di Malaysia yang diterjemah dalam Akta Perhimpunan Aman
(PAA).
“Ugutan untuk menggunakan pasukan
tentera adalah tindakan melampau,” katanya pada sidang media di ibu pejabat
KEADILAN hari ini.
Kata Shamsul, kenyataan tersebut
merupakan percubaan menakutkan rakyat Malaysia dan usaha mengurangkan kehadiran
peserta himpunan.
“Kita desak polis tarik
balik kenyataan. Perhimpunan esok akan berlangsung secara aman,” tegas Shamsul
menyatakan fokus himpunan itu adalah untuk membantah penipuan pilihan raya.
Menurutnya, pihaknya bimbang
polis akan bertindak seperti sebelum PAA digubal, sedangkan penganjur himpunan
sudah memberikan notis lebih 10 hari sepertimana dikehendaki dalam akta
itu.
-keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan