KUALA
LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah
Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada
apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan
wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.
“Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi
penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan”
kata Sivarasa kepada Keadilandaily.
Menurutnya
terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak
pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara
langsung dalam kes berkenaan.
Turut
terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang
memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam
kejadian Altantuya diculik.
Beliau
merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian
Balasubramaniam.“Ada sesuatu yang mahu dilindungkan apabila dua saksi penting
ini tidak dipanggil.
Bukti
jelas keterlibatan pegawai-pegawai Najib.“Apakah kita boleh terima bahawa Najib
sama sekali tidak terlibat dalam kes ini?, soalnya.
Sirul
Azhar sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu Mahkamah
Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar ‘kambing hitam yang harus
dikorbankan’ untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam
mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. ~keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan