Rabu, 26 Jun 2013

ANEH: Si mati bawa sendiri C4 dari Monggolia ka..?


Bukit Aman tak simpan letupan C4, kata peguam.... jadi dari manakah sumber C4 tersebut..???

Peguam kepada cif inspektor Azilah Hadri berkata, jenis letupan yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak berada dalam simpanan Bukit Aman.

Peguam Hazman Ahmad berkata, berdasarkan rekod Bukit Aman, anak guamnya hanya dibekalkan pistol Glock dan magazin peluru.

"Justeru, terdapat persoalan tentang bagaimana jenis letupan ini didakwa digunakan," katanya.

Hazman juga berkata, Azilah tidak mempunyai atau mempunyai kawalan terhadap letupan C4 kerana ia tidak pernah dikeluarkan oleh Bukit Aman.

Altantuya didakwa dibunuh dan kemudian diletupkan pada malam antara 19 Oktober hingga20 Oktober 2006

p/s: pusing-pusing kot mana pun yanag rakyat nak tahu apa motif pembunuhan altantuya, apa tujuan altantuya datang ke malaysia dan macam mana bom ATM c4 boleh terkeluar dari kem.. itu yang rakyat mahu tahu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive