Isnin, 17 Jun 2013

Kerajaan Kedah BN merungut Tanggung Belanja Insaniah Holdings Sdn Bhd


SINTOK: Kerajaan Kedah terpaksa menanggung perbelanjaan dan membayar gaji kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd, walaupun anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu sepatutnya menjana pendapatan sendiri.
Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung kos berkenaan buat sementara waktu sehingga satu keputusan mengenai status Insaniah Holding dibuat dalam tempoh terdekat.
"Masalah gaji kakitangan Kuin yang sebelum ini selalu lewat dah selesai. Cuma ada sikit lagi melibatkan gaji staf.
"Sepatutnya syarikat Sdn Bhd ni meniaga, takkan kita nak bayar sebab staftidak terikat dengan pengambilan kerajaan," katanya, pada Ahad.
Beliau mengulas perkembangan terkini Kuin ketika ditemui pemberita selepasmenyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YayasanPelajaran Mara dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.
Tajul Urus berkata, bagi belanja mengurus serta membayar gaji dan elaun lebih 100 kakitangan Insaniah Holdings sahaja, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos lebih RM0.5 juta setiap bulan.
"Insaniah Holdings sepatutnya bukan di bawah tanggungan kerajaan negeri kerana ia adalah cabang perniagaan Kuin, tapi kita faham masalah kakitangan Insaniah Holdings ni.
"Pihak saya kini sedang menyusun untuk mengadakan mesyuarat Lembaga PengarahKuin dalam masa terdekat untuk bincangkan masalah ini, sama ada nak teruskanInsaniah Holdings ini atau ubah suai, ambil alih atau tutup terus," katanya.
Sementara itu, mengenai dakwaan kononnya kerajaan negeri ingin menswastakanKuin, beliau berkata tidak pernah ada sebarang keputusan mengenai tindakanberkenaan.
Beliau berkata, kerajaan negeri kini memberikan sepenuh perhatian untukmenyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin supaya kolej universiti itu dapatbergerak lancar dan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka khususnya di negeri ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive