Sabtu, 22 Jun 2013

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff KECEWA...


Apabila Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM menyatakan polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan untuk menangani perhimpunan 505 yang akan diadakan di Padang Merbok pada hari ini (22 Jun) saya kecewa.

Mengapa perlu guna tentera? Ini perhimpunan rakyat yang tidak membawa senjata pun. Mereka berhimpun untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati kepada SPR dalam mengendalikan pilihan raya 2013 sahaja. Mereka bukan penceroboh yang datang untuk berperang. Jika mereka salah dan melanggar undang-undang negara, tangkap dan dakwa mereka. Jika mereka merusuh, gunakan kekerasan minimum untuk menyuraikan mereka.

Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak polis, bukannya mengeluarkan kenyataan untuk menggunakan tentera. Ini kerana kenyataan untuk menggunakan tentera membawa implikasi besar, iaitu mahu berperang dengan rakyat yang berhimpun. Tentera tugasnya menjaga sempadan bukan menjaga padang. Tentera dilatih untuk mempertahankan negara dari serangan luar, bukannya mengambil alih tugas polis mengendali keselamatan dan ketenteraman dalam negara.

Akhirnya, kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan perhimpunan dan mengawal perhimpunan, bertindaklah secara terbaik untuk negara, supaya keamanan negara dapat terus kita pertahankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive