Ahad, 30 Jun 2013

Kronologi Sejarah Kebangkitan Rakyat Di Tanah Melayu


Tahun 50an- Gerakan rakyat menuntut kemerdekaan dari penjajah British ditunjangi para alim ulama dan juga oleh golongan muda dari gerakan berhaluan kiri..

Tahun 60an - Zaman rakyat tidak ambil pusing soal politik dalam negara mereka diracuni dgn hiburan Pop Yeh Yeh dan Filem2 Hindustan..


Tahun 70an - Anak Muda Mahasiswa yg ditunjangi oleh Saudara Anwar Ibrahim dan Hamid Tuah bangkit menentang kerajaan yang menindas rakyat. Ketika itu Anwar berjaya Memobilisasi 5000-6000 orang Mahasiswa seluruh negara serta sekitar 14.000 rakyat untuk turun menyatakan bantahan di Ibu Negara..



Tahun 80an - Zaman anak muda tak ambil tahu langsung pasal politik negara kerana mereka disogokkan dgn hiburan Rock, Metal dan Heavy Metal..

Tahun 90an - Zaman malang bagi bangsa melayu bila kuasa Raja2 dihapuskan oleh UMNO. Akibatnya Kuasa Legislative dan cabang eksekutif dicabuli dan diletakkan di bawah cengkaman Perdana Menteri.. Melayu mematikan diri kerana terlalu asik dgn hiburan Karaoke, Rappers dan Dangdut.




Penghujung Tahun 90an Hingga kini 2013 - Bermulanya Gerakan Anak Muda menuntut keadilan..Setelah tuntutan ini tidak diendahkan oleh pihak pemerintah maka daripada menuntut Keadilan gerakan ini semakin berkembang serta menukar hala tuju kepada Gerakan Menumbangkan Parti UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional..

Walaupun UMNO mengunakan Tektik lama iaitu menyajikan hiburan sebagai Candu untuk melekakan golongan Muda dengan membawa kumpulan2 K-PoP tetapi usaha UMNO itu sama sekali tidak menampakkan sebarang kejayaan..

Penganalisa politik dunia mendakwa gerakan menumbangkan kerajaan ni akan berterusan kerana Rakyat semakin berilmu dan kemudahan capaian internet membantu ke arah tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive