Pembunuhan
pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam)
mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau
bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati
di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol
tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap
penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan
dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima
surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan
Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu
ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak
ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali
bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian
bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak
mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh. Pertama kali bercakap kepada
media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya
tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum
ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke
Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak
pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga.
Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon
bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di
Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap
dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan
bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan
layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan
sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang
petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan
Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan
siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa
dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan
saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes,"
katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap
tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak
menyumbang kepada negara.
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah,
siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa
memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya
mahu keadilan bagi bapanya.
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak
pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh
berbuat demikian," katanya lagi.
Shaharuddin yang
mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun
untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di
Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan
diberikan jolokan "Mr Clean".
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan
empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang
menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur
Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan
sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan
berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes
ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan
lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi
merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan
jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan,
"kami masih menyiasat".
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke
13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas
kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22
kematian. ~ the malaysian
insider
Kalau betul kes penyeludupan kereta di Langkawi...mungkin kes melibatkan org mega ni...
BalasPadam