Khamis, 15 Ogos 2013

Bongkar!! Nazri Aziz Lantik Anak Sebagai Pegawai Khas Di Kementeriannya?


Ini adalah website rasmi Kementerian Perlancungan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini. Jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas. 

Apa rasionalnya anak sendiri dilantik sebagai Pegawai Khas kementerian. Bukankah anaknya sudah kaya raya dengan harta kekayaan dan perniagaan keluarga? Apakah rasionalnya anaknya itu menghabiskan masa dengan jawatan yang rendah dengan gaji yang tidak seberapa?

Bagaimana penyokong-penyokong Kerajaan hendak mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka sekiranya golongan ini mementingkan nepotisme dan kronisme? 

Tidak perlu kita berkokok mengatakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz dan sebagainya menaikkan anak-anak mereka sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sendiri melakukan sedemikan. 

Tambahan pula si anak Menteri ini memang umum sudah mengetahui berperangai "playboy" dan gambar-gambar sensasinya bertebaran di internet, lihat di sini.

Apakah tidak akan berlaku penyelewengan kuasa apabila bapa dan anak menerajui sebuah kementerian yang banyak menerima peruntukan perbelanjaan negara. 

Apakah lawatan Menteri ke mana-mana negara akan disusuli dengan Pegawai Khasnya serta artis yang tengah digila-gilakan oleh anak Menteri berkenaan iaitu Nora Danish? 

Apakah anak Menteri berkenaan berkuasa penuh di dalam kementerian seperti mana menantu seorang Mantan Perdana Menteri yang berkuasa penuh di Tingkat 4 suatu masa dulu?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive