Khamis, 8 Ogos 2013

Lagi kes tembak di perak, Lelaki parah ditembak di Chemor


Ipoh: Seorang lelaki parah ditembak dua suspek bermotosikal ketika mangsa sedang memandu keretanya di Taman Klebang Putra, Chemor, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa berusia 29 tahun dipercayai diserang dua lelaki bermotosikal yang menghampiri kenderaan yang dinaiki mangsa sebelum suspek melepaskan enam das tembakan. 
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata mangsa ditembak ketika dia bersama dua lagi individu lain yang berada dalam kenderaan itu. 

"Mangsa menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh,"katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive