SELEPAS bikin kontroversi demi kontroversi menerusi video Keek, Sakinah sekali lagi membiarkan dirinya menjadi kritikan peminat.
Biarpun terkenal dengan sikapnya yang 'gila-gila', ramai yang menganggap tindakan adik kepada pengacara terkenal, Sharifah Shahira itu agak keterlaluan.
Selepas menjadikan isu 'seluar dalam' Zizan Razak dan Micheal Ang sebagai bahan lawak untuk video Keek terbarunya, Sakinah kini tampil dengan video berjudul, Terima Kasih Kerana Menasihat Ya Ahli Syurga, sebagai reaksi terhadap segala teguran yang ditujukan kepada dirinya.
Menerusi rakaman berdurasi 36 saat itu, Sakinah menjelaskan video itu hanya sekadar gurauan sambil beberapa kali menggelar mereka yang memberi komen terhadap videonya itu sebagai 'ahli syurga'.- SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan