PETALING JAYA: Di saat
bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat
Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan
Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.
Walupun hanya
mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru
matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu di bawah
jagaan suspek pada 30 Julai.
Suspek memberitahu
Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.
Ibu kanak-kanak itu
turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang
untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka
berkahwin.
"Pada 2 Ogos,
Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk
pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.
"Keesokan
harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek
berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan
mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak
berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.
Beliau berkata ibu
mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari
anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.
Kes itu
diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.
Abdul Rahim berkata
siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang
spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.
Sementara itu,
#findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh
negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas
berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.
p/s: Adik Aisyah Wan Exzan berjaya ditemui di tasik gelugur pulau pinang petang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan