LEBIH kurang jam 4.10 pagi tadi, sekumpulan individu telah berhimpun di
hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur.
Kumpulan ini terdiri seramai lapan orang lelaki dan dua wanita
berpakaian serba hitam, menaiki tiga buah kereta.
Kumpulan ini mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar
Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih
pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Tangkapan dibuat oleh OCS Travers terhadap kesemua ahli kumpulan
ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.
Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang
atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah
kumpulan ini.
Setiap kenderaan dipasang bendera 1′x3′ bertulisan jawi
Lailahaillaahmuhadarsullullah dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.
Semakan awal penama ahli kumpulan ini (7org 3 org tiada K/P)
mendapati kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka Perak Kedah dan
Johor.
Siasatan lanjut latar belakang kumpulan ini sedang dibuat.
berat 66
BalasPadam