gambar hiasan
KOTA KINABALU - Seorang
lelaki yang mengaku dimiliki semangat roh-roh membunuh anak lelakinya berusia
tujuh tahun dengan mengelar bahagian tekak sebelum bertindak minum darah
anaknya sambil adegan seram itu dilihat ahli keluarga, di bahagian Pantai
Timur, daerah Lahad Datu.
“Menurut ahli keluarga, kejadian itu berlaku dengan pantas dan
budak itu dibunuh sebelum mereka sempat untuk bertindak balas,” katanya ketika
dihubungi, Sabtu.
Antara mereka yang berada di rumah pada masa kejadian ialah
datuk dan nenek Haikal dan bapa saudaranya, Shamsuddin berkata.
Shamsuddin berkata, sebelum kejadian, bapa Haikal berusia 35
tahun menjerit bahawa roh-roh telah mengganggunya dan mahu dia minum darah
manusia.
Lelaki itu kemudian berlari ke dapur dan mengambil pisau sebelum
menyembelih anaknya manakala datuk dan nenek hanya mampu melihatnya tanpa
berdaya melakukan apa-apa.
Ahli-ahli keluarga menjerit meminta pertolongan dan dengan
bantuan penduduk kampung pisau dirampas daripada lelaki itu dan kemudiannya dia
diikat.
Polis bergegas ke rumah yang terletak kira-kira 2 km dari
kawasan bandar itu selepas dimaklumkan mengenai kejadian.
Shamsuddin berkata lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh
hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan yang
dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu telah
ditemui di tempat kejadian dan mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital
Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya. – Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan