Rabu, 7 Ogos 2013

Minta bantuan PAS, ramainya melarat bawah BN


TEMERLOH: “Kemenangan berganda di Parlimen Temerloh pada pilihan raya lalu menyedarkan PAS bahawa betapa ramainya rakyat yang melarat di bawah kerajaan BN,” kata Yang Dipertua PAS kawasan, Md Jusoh Darus.

Berucap dalam majlis penyampaian sumbangan raya di kampung Batu Satu dekat sini, beliau berkata selama ini di bawah kekuasaan BN kita tidak tahu rupa-rupanya ramai rakyat yang tidak terbela nasib mereka sehinggalah PAS menang di Parlimen Temerloh.

Beliau yang juga wakil peribadi Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ini berdasarkan apabila begitu ramai penduduk yang melarat begitu ramai datang ke pejabat PAS dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen memohon bantuan.

“Dulu PAS menumpukan khidmat dan program turun padang di Dun Kuala Semantan saja iaitu sebahagian besarnya kawasan bandar kerana PAS menang di situ. 

“Kini dengan menang di parlimen kami dapati banyak kampung dalam Dun Mentakab dan Lanchang dengan pelbagai bangsa yang dilanda kemiskinan tegar ditinggalkan BN dan sebahagian besarnya kawasan kediaman Melayu,” katanya.

Tambahnya, walaupun begitu PAS tetap mengambil pendekatan positif dan berharap rakyat memenangkan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagaimana negeri-negeri dimenangi PR.

“Kerana tidak ada ruginya jika rakyat memberi peluang kepada PAS dan PR kerana akan betul-betul dapat membangunkan dasar negara berkebajikan. Rakyat Pahang perlu melihat bagaimana penduduk di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang beroleh banyak kebajikan,” tegasnya.

Dalam pada itu pada majlis yang sama, seramai 50 penduduk miskin dan golongan kurang upaya di Kampung Batu Satu menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad. (Gambar atas) - HD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive